Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilihan PKR: Anwar tidak dicabar; Nurul Izzah dan Rafizi Ramli bertanding bagi jawatan timbalan presiden

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilihan PKR: Anwar tidak dicabar; Nurul Izzah dan Rafizi Ramli bertanding bagi jawatan timbalan presiden

Persidangan PKR. (Gambar: malaysiakini)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pencalonan pemilihan parti itu berakhir 11.59 malam pada Jumaat (9 Mei).

Bagaimanapun menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selaku penyandang.  

Bagi jawatan Naib Presiden pula, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing.

Berikut senarai calon yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028: 

   1. Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

   2. Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam)

   3. Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor)

   4. Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)

   5. R. Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

   6. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)

   7. R. Yuneswaran (Ahli Parlimen Segamat) 

   8. Dr Sathia Prakash Nadarajan (Ketua Cabang PKR Hulu Selangor)

   9. Abun Sui Anyit (Ketua Cabang PKR Hulu Rajang/Ahli Dewan Negara)

  10. Hee Loy Sian (bekas EXCO Selangor)

  11. Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi Institut Keusahawanan Negara)

  12. Manivanan Gowin (Ketua Cabang PKR Jempol) 

Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim merupakan calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.

Pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025 berlangsung selama dua hari bermula Khamis lalu secara online. 

Proses bantahan ditetapkan pada 11 dan 12 Mei ini, diikuti rayuan bantahan (13-14 Mei), tarikh akhir penarikan diri (14 Mei), senarai muktamad calon (15 Mei), tempoh kempen (15-22 Mei) dan pengundian pada 23 Mei.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.
 

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan