Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas SG-Malaysia ditangguh: PM Anwar Ibrahim

Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas (SEZ) antara Malaysia dengan Singapura di Johor Selatan - yang pada asalnya dijadual pada Isnin depan (9 Dis) semasa retreat pemimpin tahunan - ditangguh ke Januari, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas SG-Malaysia ditangguh: PM Anwar Ibrahim

(Gambar: Pejabat Perdana Menteri Malaysia)

Diterbitkan : 04 Dec 2024 02:54PM Dikemas Kini : 04 Dec 2024 02:57PM
JOHOR BAHRU: Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas (SEZ) antara Malaysia dengan Singapura di Johor Selatan - yang pada asalnya dijadual pada Isnin depan (9 Dis) semasa retreat pemimpin tahunan - ditangguh ke Januari, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Encik Anwar berkata keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong diuji positif bagi COVID-19.

Dalam ucapannya di Dewan Negara pada Rabu (4 Dis), Encik Anwar berkata "Kerajaan Malaysia (dijadual) memeterai perjanjian dengan Singapura berhubung Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura pada 9 Disember.

"Namun pada malam semalam, Perdana Menteri Singapura memaklumkan kepada saya bahawa beliau dijangkiti COVID-19 dan justeru pemeteraian perjanjian itu... akan ditangguh ke Januari."

"Ini adalah info terkini yang saya terima, beliau beritahu saya bahawa beliau tidak mahu menjangkiti saya atau isteri saya, Azizah," kata Encik Anwar.

Retreat Pemimpin Singapura-Malaysia dijadual diadakan pada 8 Disember hingga 9 Disember di ibu kota pentadbiran Malaysia, Putrajaya menurut media serantau.

Dalam catatan Facebook pada Selasa (3 Dis), Encik Wong berkata beliau diuji positif bagi COVID-19 buat kali pertama dan akan menjalani pengasingan diri ketika bekerja dari rumah.

"Pada awalnya, saya fikir ia mungkin selesema biasa. Tetapi saya ambil ujian untuk mengesahkannya. Ternyata, saya akhirnya dijangkiti COVID-19 selepas mengelaknya beberapa tahun ini!" katanya.

"Saya berasa okay secara keseluruhan dan akan mengasingkan diri ketika bekerja dari rumah."

Encik Wong baru-baru ini melakukan lawatan ke Bangkok atas undangan rakan sejawatan dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Sebelum ini, beliau melakukan lawatan ke Peru bagi menghadiri sidang puncak APEC dan sidang puncak G20 di Brazil.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan