Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerkasaan ekonomi tidak berat sebelah, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerkasaan ekonomi tidak berat sebelah, kata PM Anwar

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

SUNGAI SIPUT: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata, agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara tersebut.

Menteri Kewangan itu berkata hal berkenaan termasuk pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi kaum India. 

“Siapa kata (kerajaan) tidak peduli? KSN (Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar) ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Dalam mesyuarat kalau saya kata miskin tegar, saya kata untuk semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di Sungai Siput, Perak, pada Ahad (6 Okt).

Encik Anwar berkata untuk berlaku adil, kerajaan juga menyalurkan peruntukan menerusi program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk semua kaum manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang sebelum ini 100 peratus untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera, juga telah diperluas kepada kaum India.

“Saya kata apa salahnya beri ruang kepada masyarakat India yang miskin... ambil mereka, latih dan beri peluang (berniaga) kepada mereka. 

“Di Semenanjung berapa jumlah paling miskin? Siapa? Melayu, tetapi dalam kategori masyarakat termiskin ada juga orang India, mereka itu warganegara, rakyat kita… saya sebagai Perdana Menteri, itu tanggungjawab saya (bantu),” katanya. 
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan