Pemerintahan tentera di Thailand tamat berkuat kuasa selepas 5 tahun
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha secara rasmi meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan tentera berkuat kuasa hari ini (15 Jul).
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha secara rasmi meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan tentera berkuat kuasa hari ini (15 Jul).
Beliau mengumumkan bahawa Thailand bakal ditadbir sebagai sebuah negara demokrasi selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera.
Encik Prayuth mengekalkan kuasa sebagai perdana menteri dengan sokongan parti politik pro tentera di Parlimen dan anggota Dewan Senat lantikan tentera, mengikut Perlembagaan yang mendapat kritikan pelbagai pihak.
Dalam satu ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, Encik Prayuth berkata, pemerintahan tentera telah membawa pelbagai perubahan, antaranya huraian terhadap masalah tangkapan ikan secara haram dan pemerdagangan manusia.
Ia turut membantu misi menyelamatkan 12 remaja dan jurulatih pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua pada akhir tahun lalu.
Bekas ketua tentera itu mengambil alih tampuk pemerintahan Thailand dalam satu rampasan kuasa pada 2014. Menurutnya campur tangan tentera amat diperlukan pada ketika itu, bagi memulihkan keamanan negara.
Ia katanya susulan bantahan jalanan dan keganasan yang berlangsung selama enam bulan, namun keadaan kembali pulih seperti biasa selepas pilihan raya pada 24 Mac lalu.
“Thailand kini adalah sebuah negara demokrasi sepenuhnya dengan monarki berperlembagaan, selain anggota Parlimen yang dipilih rakyat," kata Encik Prayuth.
“Jadi, segala masalah akan ditangani mengikut sistem demokrasi, tanpa sebarang keistimewaan.”
Kerajaan baru Thailand akan mengangkat sumpah jawatan pada 16 Julai.
Sejurus selepas majlis itu, PM Prayut i dijadual mengadakan pertemuan dengan barisan menteri kabinet, antara lain bagi membincangkan dasar kerajaan yang akan diumumkan di parlimen minggu depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.