Pemerintah 'tiada hasrat' pertimbang skim insurans bagi mangsa kes penipuan CPF
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (4 Jul).
Kenyataan MOM, yang dikeluarkan pada Selasa malam, selang beberapa jam selepas Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng menyarankan agar pemerintah menimbangkan insurans bagi melindungi warga Singapura yang mengalami kerugian angkara kes penipuan CPF.
Lembaga CPF adalah badan berkanun di bawah naungan MOM.
Dr Tan memberi respons kepada Profesor Madya Jamus Lim (WP-Sengkang) di parlimen, yang bertanya jika pemerintah "menimbangkan insiatif-inisiatif sejajar dengan insurans" sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penipu online yang membuat penipuan terhadap rakyat Singapura berhubung simpanan CPF mereka.
Menteri tersebut menyatakan bahawa insurans tersebut berada "di bawah Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) yang melibatkan institusi-institusi kewangan, telko dan banyak lagi entiti lain yang mengambil bahagian", sambil merujuk kepada rangka kerja yang diumumkan pada Februari 2022 bagi menggariskan cara adil untuk berkongsi liabiliti dalam kalangan pihak-pihak dalam kes penipuan.
Dalam kenyataannya pada Selasa malam, MOM menjelaskan bahawa skim insurans tersebut bukan sebahagian daripada SRF.
Rangka kerja tersebut "memberi tumpuan untuk memperkukuhkan peranan dan kebertanggungjawaban pihak-pihak utama, yang dapat mengurangkan risiko kes penipuan pemancingan data dan memelihara keyakinan dalam pembayaran dan perbankan digital di Singapura", jelas MOM.
MOM menambah bahawa pemerintah tersebut sedang berunding dengan institusi-institusi kewangan dan telko berhubung rangka kerja itu dan akan terus mengkaji skop tersebut, termasuk jenis kes penipuan dan peranan entiti lain dalam ekosistem pembayaran digital tersebut.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.