Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah Sudan seru masyarakat antarabangsa kecam tindakan RSF

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah Sudan seru masyarakat antarabangsa kecam tindakan RSF

Asap kelihatan di Khartoum pada 22 Mei 2023 sedang pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) berterusan. (Gambar: AFP)

KUALA LUMPUR: Pemerintah Sudan menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan Penguasa Antara Pemerintah Mengenai Pembangunan (IGAD) mengecam tindakan pemberontak Rapid Support Forces (RSF) serta jenayah yang dilakukannya terhadap negara, bandar dan misi diplomatik di negara itu.

Pemerintah Sudan juga menggesa masyarakat antarabangsa dan IGAD untuk menyenaraikan RSF sebagai sebuah pertubuhan pengganas, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman serta mendesak kepimpinan RSF untuk menarik balik pasukannya dari hospital dan kawasan kediaman.

“Dalam hal ini, Kementerian Luar Sudan mengecam sekeras-kerasnya jenayah keganasan seksual, gangguan dan rogol yang dilapor dilakukan oleh pemberontak RSF,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Sudan di Malaysia kepada Bernama.

Menurut kenyataan itu, tindakan RSF termasuk menyekat rawatan perubatan dan kesihatan selain mengusir rakyat dari rumah mereka serta merompak harta benda mereka dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.

Pada 15 April, konflik bersenjata tercetus antara RSF dengan Angkatan Bersenjata Sudan dengan pertempuran tertumpu di sekitar ibu kota Khartoum dan wilayah Darfur.

Setakat 16 Mei, sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,100 yang lain cedera.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula pada malam Isnin dan ia mungkin dilanjutkan.

Sebelum ini, Kementerian Luar Sudan menuduh RSF menyerang misi diplomatik di ibu negara Khartoum.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan