Pemerintah sementara Syria ambil alih kawalan keselamatan Lapangan Terbang Qamishli
Anggaran Waktu Membaca:
DAMSYIK: Pemerintah sementara Syria mengambil alih kawalan keselamatan Lapangan Terbang Qamishli di wilayah timur laut Hasakah, menandakan satu lagi langkah dalam pelaksanaan perjanjian lebih luas dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish untuk menyatukan institusi dan mengurangkan kuasa selari di wilayah tersebut, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa dalam negeri berkata pada Sabtu (21 Feb) bahawa jabatan keselamatan lapangan terbang dan sempadannya mengambil alih tanggungjawab keselamatan di Lapangan Terbang Qamishli, sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai awal tahun ini antara Damascus dengan SDF.
Langkah terbaharu itu menyusuli siri tindakan di bawah perjanjian tersebut, termasuk penempatan pasukan keselamatan pemerintah ke bahagian Hasakah dan Qamishli, penyelarasan bersama mengenai pengaturan keselamatan dan pemindahan kawalan secara berperingkat ke atas infrastruktur utama daripada SDF kepada institusi negara.
Lapangan Terbang Qamishli, satu daripada beberapa lapangan terbang yang beroperasi di timur laut Syria, sudah lama berfungsi di bawah aturan kompleks yang melibatkan SDF dan pihak berkuasa negara Syria.
Lapangan terbang itu berkhidmat untuk penerbangan awam dan operasi pemerintah yang terhad sepanjang tahun konflik dan perpecahan.
Perjanjian antara pemerintah sementara dengan SDF, yang diumumkan pada akhir Januari, menyeru integrasi secara bertahap-tahap, penstrukturan tentera dan pentadbiran, pengunduran tentera dari garisan hubungan tertentu, serta pemindahan lintasan sempadan, lapangan terbang dan kemudahan strategik lain kepada pengawasan kerajaan pusat.
Tiada perubahan segera terhadap operasi penerbangan di Lapangan Terbang Qamishli diumumkan.
Pihak berkuasa dalam negeri berkata proses penyerahan itu dilakukan dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.