Pemerintah paksa Air Canada dan kru kabin kembali bertugas, jalani proses timbang tara
Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan Air Canada mogok. (Gambar: CNA)
TORONTO: Kerajaan Kanada memaksa Air Canada dan anak kapal penerbangannya yang mogok kembali bertugas dan menjalani proses timbang tara pada Sabtu (16 Ogos) selepas ,ogok itu menjejas lebih 100,000 penumpang di merata dunia pada musim kemuncak musim panas.
Menteri Pekerjaan Persekutuan Patty Hajdu berkata sekarang bukan masanya untuk bermain dengan ekonomi, sambil membangkitkan tentang kesan tarif Amerika Syarikat ke atas Kanada. Campur tangan kerajaan itu bermakna 10,000 anak kapal terpaksa kembali bekerja dalam masa terdekat.
Tindakan itu diambil kerajaan kurang 12 jam selepas para pekerja memulakan mogok.
Cik Hajdu berkata penyambungan semula khidmat sepenuhnya boleh mengambil masa beberapa hari, sambil berkata bahawa ia terpulang kepada Lembaga Perhubungan Perindustrian Kanada.
Setakat petang Sabtu, Air Canada belum memberikan sebarang ulasan. Namun, Ketua Pegawai Operasi Air Canada Mark Nasr sebelum ini berkata ia mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk memulihkan semula operasi sepenuhnya.
Ada kemungkinan, para penumpang masih mengalami gangguan dalam beberapa hari akan datang.
Perjanjian sedia ada akan dikekalkan melalui proses timbang tara.
Penggantungan khidmat syarikat penerbangan terbesar Kanada pada awal Sabtu itu menjejas kira-kira 130,000 orang sehari, dan kira-kira 25,000 warga Kanada mungkin terkandas. Air Canada mengendalikan sekitar 700 penerbangan setiap hari.
Menurut perangkaan daripada penyedia khidmat analitik penerbangan Cirium, Air Canada membatalkan sebanyak 671 penerbangan menjelang petang Sabtu — selain 199 penerbangan pada Jumaat. Lagi 96 penerbangan yang dijadualkan pada Ahad juga sudah digantung.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.