Pemerintah Myanmar adakan rundingan rasmi pertama dengan pemimpin Rohingnya
Para pegawai kanan Myanmar dan pemimpin pelarian Rohingya di Bangladesh meneruskan rundingan mereka hari ini (28 Jul) mengenai rancangan untuk menghantar mereka pulang ke wilayah Rakhine, Myanmar.
COX'S BAZAR, BANGLADESH: Para pegawai kanan Myanmar dan pemimpin pelarian Rohingya di Bangladesh meneruskan rundingan mereka hari ini (28 Jul) mengenai rancangan untuk menghantar mereka pulang ke wilayah Rakhine, Myanmar.
Rundingan itu berlangsung di Cox's Bazar di mana lebih 700,000 orang pelarian Rohingya dari Rakhine berlindung sejak dua tahun lalu.
Rundingan dua hari itu bermula semalam (27 Jul).
Ia melibatkan 12 pegawai pemerintah Myanmar, lima pegawai dari negara-negara ASEAN dan 35 pemimpin masyarakat Rohingya.
Ini merupakan pertemuan rasmi pertama antara pemerintah Myanmar dengan pemimpin-pemimpin Rohingya sejak para anggota kaum minoriti Myanmar itu melarikan diri dari Rakhine mulai Ogos tahun 2017 kerana tindakan kekerasan tentera Myanmar.
Tujuan rundingan itu bagi meyakinkan para pelarian Rohingya supaya kembali ke Rakhine.
Perwakilan pemerintah Myanmar memberi jaminan bahawa keadaan di Rakhine selamat untuk mereka kembali.
Mereka juga berjanji akan mengurus secara bertahap-tahap tuntutan orang-orang Rohingya agar mereka diberi kerakyatan Myanmar.
Bagaimanapun pada hari pertama rundingan semalam, tidak banyak kemajuan dibuat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.