Pemerintah luluskan hampir 180 permohonan di bawah Skim Pas Teknologi
SINGAPURA: Sejak skim Pas Teknologi dilancarkan setahun lalu pemerintah sudah meluluskan 180 permohonan bagi usahawan dan pakar teknologi asing dari merata dunia.
Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menyatakan skim itu mendapat sambutan baik tetapi proses membawa usahawan dan pakar teknologi asing masuk ke Singapura agak perlahan kerana sekatan sempadan.
Pas Teknologi adalah untuk individu-individu yang mempunyai rekod cemerlang dalam membangunkan syarikat.
Dilancarkan Januari tahun lalu, skim itu bertujuan membangunkan pangkalan kukuh firma serta bakat dalam bidang teknologi.
Pas berkenaan sah selama dua tahun dan boleh diperbaharui.
Sebanyak 500 pas disediakan tetapi EDB menjelaskan tidak ada tarikh muktamad untuk memenuhinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.