Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah AS kembali beroperasi setelah lumpuh 3 hari

Keputusan itu dibuat setelah para anggota Kongres Republican pula bersetuju untuk membahaskan soal masa depan para pendatang haram yang masih muda di Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2018 07:43PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:38PM

AMERIKA SYARIKAT: Agensi-agensi pemerintah federal Amerika Syarikat sudah kembali beroperasi selepas lumpuh tiga hari kerana tiada dana akibat pertikaian dalam Dewan Kongres mengenai imigresen dan keselamatan sempadan.

Bagaimanapun hasil rundingan yang diteruskan, para anggota Dewan Senat dari parti Democrat akhirnya bersetuju meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bagi pemerintah federal.

Keputusan itu dibuat setelah para anggota Kongres Republican pula bersetuju untuk membahaskan soal masa depan para pendatang haram yang masih muda di Amerika.

Namun rang perbelanjaan yang diluluskan itu hanya untuk membiayai operasi agensi-agensi pemerintah federal sehingga 8 hari bulan depan.

Rang perbelanjaan sementara itu adalah yang keempat diluluskan sejak Oktober lalu kerana Kongres belum mencapai kata sepakat mengenai satu belanjawan untuk jangka panjang.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan