Skip to main content

Dunia

Pemerintah Jerman cadang hadkan pekerja bersara awal

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah Jerman cadang hadkan pekerja bersara awal

Canselor Jerman Olaf Scholz (Gambar: Tobias Schwarz/AFP)

Diterbitkan : 12 Dec 2022 09:29AM

BERLIN: Pemerintah Jerman bercadang untuk menghadkan bilangan pekerja yang bersara awal, terutama membabitkan sektor buruh, kata Canselor Olaf Scholz.

“Jumlah pekerja yang boleh bekerja sehingga tempoh berpencen perlu ditingkatkan.

"Bagi merealisasikan hasrat ini, kita perlu memperkasakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan sekolah sepanjang hari," lapor Agensi Akhbar Jerman, dpa, memetik canselor itu sebagai berkata dalam ucapannya, yang diterbitkan oleh kumpulan media Funke dan akhbar Perancis Ouest-France.

Pekerja di Jerman memilih bersara awal dan meninggalkan perkhidmatan buruh pada usia 63 atau 64, meskipun syarikat Jerman berdepan masalah kekurangan kemahiran, menurut institut penyelidikan penduduk. 

Umur persaraan dijangka ditingkatkan daripada 65 kepada 67 tahun menjelang 2031 secara beransur-ansur.

Encik Scholz menggariskan rancangan pemerintah untuk mewujudkan peluang yang lebih baik bagi golongan muda dan melabur dalam pendidikan profesional.

Kata Encik Scholz, Jerman juga memerlukan golongan penghijrah dari negara lain untuk menjamin kemakmurannya.

Di kebanyakan negara, kewarganegaraan boleh didapati selepas lima tahun, dan itu sepatutnya menjadi standard di Jerman "dan jika anda boleh berbahasa Jerman, mencari rezeki sendiri dan tidak melakukan sebarang jenayah," kata Encik Scholz.

Pemerintah sudahpun mempembaharui peraturan mengenai imigresen dan kewarganegaraan bagi memudahkan proses berkenaan.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita