Pemerintah Indonesia terus galakkan kenderaan elektrik untuk atasi pencemaran udara: Presiden Jokowi
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: BERNAMA)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengatakan salah satu alasan pemerintah terus memberikan dorongan terhadap ekosistem kenderaan elektrik adalah demi mengurangkan pencemaran udara.
Masalah pencemaran udara di ibu kota Jakarta sejak kebelakangan ini terus menjadi keprihatinan warga Indonesia kerana keadaannya semakin parah.
"Masalah pencemaran udara itu bukan hanya hari ini, sudah bertahun-tahun kita alami di Jakarta dan salah satu huraiannya adalah mengurangkan beban di Jakarta sehingga nanti sebahagiannya dipindahkan ke Ibu Kota Nusantara," kata Encik Jokowi pada Isnin (7 Ogos).
"Kenapa (kenderaan elektrik) kita berikan dorongan? Kerana itu (mengurangi pencemaran udara)," lanjutnya.
Berdasarkan maklumat dari platform IQAir, indeks pencemaran udara di Jakarta pada Isnin mencapai 193. Keadaan itu membuat Jakarta sebagai salah satu kota dengan udara terkotor di dunia.
Ramai warga Jakarta pun mengeluh di media sosial tentang buruknya mutu udara.
Masalah pencemaran udara di Jakarta pun mencapai puluhan kali lipat daripada piawai yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selain huraian tersebut, Encik Jokowi juga mengatakan, untuk mengatasi pencemaran udara, sistem pengangkutan awam Indonesia juga harus diperbaiki.
"MRT itu harus segera selesai di semua laluan, LRT untuk semua laluan selesai, kereta cepat itu adalah jenis pengangkutan yang mengurangi, akan mengurangi pencemaran," kata Encik Jokowi.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.