Pemerintah Indonesia percepat saluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir, tanah runtuh di Sumatra
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pemerintah Indonesia mempercepat penyaluran bantuan logistik kepada penduduk yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera dengan mengoptimumkan semua saluran yang ada, dengan 1,638.96 tan bantuan dihantar setakat 9 Disember, lapor agensi berita ANTARA.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (10 Dis), Staf Khusus Naib Presiden, Nico Harjanto, berkata bantuan itu dihantar melalui darat, laut dan udara bagi memastikan keperluan asas masyarakat dipenuhi tanpa penangguhan.
“Semua mod pengagihan dioptimumkan supaya bantuan dapat sampai kepada masyarakat terjejas secepat mungkin,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan menggunakan pengangkutan darat, laut dan udara bagi memastikan bantuan dapat tiba di kawasan yang paling sukar diakses.
Menurutnya, Kementerian Hal Ehwal Sosial berada di barisan hadapan dalam usaha pengagihan bantuan itu.
Beribu-ribu pakej terdiri daripada makanan siap dimakan, makanan kanak-kanak, tilam, selimut, khemah keluarga dan bekalan air bersih sudah dihantar ke lokasi pemindahan.
Beliau berkata ribuan sukarelawan Taruna Siaga Bencana (Tagana) yang disokong pemerintah bekerja tanpa henti melaksanakan operasi kemanusiaan dan menangani keperluan mendesak penduduk yang terjejas.
Selain itu, sebanyak 39 dapur awam bersiap sedia, menghasilkan ratusan ribu hidangan setiap hari, dan 101 tan beras diagihkan setiap hari.
Encik Harjanto berkata pencepatan pengagihan logistik merupakan sebahagian daripada usaha komprehensif pemerintah untuk memastikan keselamatan dan daya tahan penduduk yang terjejas sepanjang tempoh tindak balas kecemasan.
“Dengan usaha bersama pemerintah pusat dan daerah, proses pemulihan dijangka berjalan pantas dan inklusif, sekali gus memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa kita mampu bangkit bersama,” katanya.
Banjir dan tanah runtuh yang dahsyat melanda tiga wilayah di Sumatera, iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, pada akhir November 2025 selepas hujan lebat berpanjangan.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa setakat 10 Disember, angka korban akibat bencana itu mencecah 969 orang, manakala 252 lagi masih hilang.
Bencana itu merosakkan sekurang-kurangnya 158,000 rumah di 52 wilayah terjejas.

Sumber : Bernama/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.