Pemerintah Indonesia pantau siasatan kes melibatkan rakyatnya ditikam di Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan.
JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia sedang memantau kes seorang warga Indonesia yang maut ditikam oleh seorang warga Indonesia di Philadelphia, Pennsylvania, pada Ahad (4 Ogos).
Judha Nugraha, pengarah kementerian tersebut bagi perlindungan warganegara dan entiti undang-undang, berkata bahawa Konsul Jeneral Indonesia di New York sedang bekerjasama dengan polis tempatan dalam siasatan.
“Konsul Jeneral Indonesia di New York turut membantu keluarga mangsa untuk menghantar pulang mayatnya dan menyelia prosiding undang-undang,” katanya dalam sidang media di Jakarta pada Jumaat (9 Ogos).
Pihak berkuasa tempatan akan menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa, yang dikenal pasti dengan huruf RA, sebelum mayatnya dihantar ke Tangerang, Indonesia.
Sementara itu, pelaku, yang dikenal pasti dengan huruf LFP, sedang pulih daripada luka di kakinya.
Kedua-dua individu tiba di Amerika Syarikat dengan visa pelancong pada Ogos, tetapi mula bekerja di sana selepas itu.
Meskipun mereka berkongsi tempat tinggal, hubungan mereka masih sedang siasatan.
Media tempatan melaporkan tentang kejadian menikam yang melibatkan seorang wanita berusia 55 tahun di Philadelphia Selatan.
Polis percaya insiden tersebut berlaku di sebuah rumah dan sudah menahan seorang individu untuk disoal siasat.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.