Skip to main content

Dunia

Pemerintah Indonesia beri akses Internet percuma kepada sekolah terjejas banjir di Sumatra Utara

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah Indonesia beri akses Internet percuma kepada sekolah terjejas banjir di Sumatra Utara
Menteri Komunikasi dan Ehwal Digital Meutya Hafid berucap semasa lawatannya ke Sekolah Tinggi Dharmawangsa di Medan, Sumatera Utara, pada 13 Disember 2025. (Gambar: ANTARA/HO-Diskominfo Sumut)
Diterbitkan : 14 Dec 2025 07:30PM Dikemas Kini : 14 Dec 2025 07:51PM
  • Pemerintah Indonesia menyediakan akses Internet secara percuma kepada enam sekolah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatra Utara.
  • Menteri Komunikasi dan Digital Meutya Hafid melahirkan harapan agar kemudahan itu dapat membantu memastikan kesinambungan pendidikan untuk kanak-kanak yang terjejas akibat bencana tersebut.
  • Pihak kementeriannya sedang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet MyRepublic untuk menyediakan akses Internet 500 mbps selama setahun kepada enam sekolah di wilayah itu.
  • Timbalan Gabenor Sumatra Utara, Surya mengalu-alukan bantuan akses internet percuma daripada kerajaan pusat, sambil berkata ia boleh menggalakkan inovasi dalam kaedah pembelajaran.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Pemerintah Indonesia menyediakan akses Internet secara percuma kepada enam sekolah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatra Utara.

Menteri Komunikasi dan Digital Meutya Hafid melahirkan harapan agar kemudahan itu dapat membantu memastikan kesinambungan pendidikan untuk kanak-kanak yang terjejas akibat bencana tersebut.

"Semoga dukungan kemanusiaan dalam bentuk konektivitas ini diharapkan dapat menopang pembelajaran digital. Hal ini sejalan dengan visi Presiden untuk mempercepat transformasi digital di sektor pendidikan, sehingga semua lapisan masyarakat dapat merasakan manfaatnya," kata Cik Hafid dalam satu kenyataan media yang diterbitkan pada Ahad (14 Dis).

Pihak kementeriannya sedang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet MyRepublic untuk menyediakan akses Internet 500 mbps selama setahun kepada enam sekolah di wilayah itu.

Semasa lawatan ke sebuah sekolah tinggi di Medan, Sumatra Utara, pada Sabtu (13 Dis), Cik Hafid turut menekankan kepentingan memupuk budaya digital yang beretika dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata usaha untuk melindungi kanak-kanak dalam ruang digital tidak boleh bergantung semata-mata kepada peraturan, tetapi juga mesti disertai dengan amalan sebenar dalam persekitaran terdekat kanak-kanak, termasuk contoh teladan yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru.

“Jika siswa dilarang mengakses media sosial, guru mereka tidak boleh membuka media sosial di depan mereka. Guru diharapkan memberikan contoh yang baik," kata Cik Hafid.

Beliau memberi amaran bahawa ketagihan media sosial menimbulkan risiko kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, serta kesihatan mental mereka.

Timbalan Gabenor Sumatra Utara, Surya mengalu-alukan bantuan akses internet percuma daripada kerajaan pusat, sambil berkata ia boleh menggalakkan inovasi dalam kaedah pembelajaran.

"Kami komited untuk memastikan setiap siswa memiliki kesempatan yang sama dalam menikmati pendidikan digital," katanya.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita