Pemerintah Indonesia akan kekalkan hubungan dengan Rusia sebagai sahabat baik, kata Bakal Presiden Prabowo
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata pemerintahnya nanti akan mengekalkan hubungan dengan Rusia yang dianggapnya sebagai sahabat baik.
Encik Prabowo berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin di Mosko pada Rabu (31 Jul).
Menurut Encik Prabowo, beliau berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan Rusia dalam bidang-bidang pertahanan, tenaga nuklear dan pendidikan.
Menteri Pertahanan Indonesia itu akan mula menyandang jawatan Presiden Indonesia pada Oktober nanti.
Encik Prabowo berkata beliau akan menjalin hubungan dengan mana-mana negara, termasuk China dan Amerika Syarikat, sejajar dengan dasar luarnya yang berkecuali.

Sumber : Reuters/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.