Pemerintah Hong Kong kutuk 'tunjuk perasaan secara haram'
Pemerintah Hong Kong mengutuk apa yang disebutnya sebagai perbuatan jahat para perusuh selepas perarakan haram para penunjuk perasaan pada Ahad (20 Okt) bertukar menjadi ganas pada sebelah malam dan banyak harta-benda dirosakkan.

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
HONG KONG: Pemerintah Hong Kong mengutuk apa yang disebutnya sebagai perbuatan jahat para perusuh selepas perarakan haram para penunjuk perasaan pada Ahad (20 Okt) bertukar menjadi ganas pada sebelah malam dan banyak harta-benda dirosakkan.
Pihak berkuasa menyatakan tindakan ganas para penunjuk perasaan di Kowloon ini menggugat hebat ketenteraman sosial dan amat tidak bertanggungjawab.
Selain melontar bom-bom minyak, mereka merosakkan kedai-kedai yang mempunyai hubungan dengan pihak di tanah besar China.
Polis bertindak menangani mereka dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air serta memecahkan hadangan yang dibuat para penunjuk perasaan.
Bagaimanapun dalam operasinya di sebuah kawasan, polis telah menyembur air warna biru ke pintu pagar Masjid Kowloon.
Beberapa penunjuk perasaan memberitahu para wartawan mereka berada di luar masjid itu bagi memastikan ia tidak dirosakkan.
Menyusuli kejadian ini, beberapa anggota parlimen dan jemaah masjid menggesa polis meminta maaf.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.