Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah Hong Kong akan adakan dialog terbuka bagi kendurkan ketegangan

Pemerintah Hong Kong akan mengadakan sesi pertama dialog terbuka dengan masyarakat pada minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah Hong Kong akan adakan dialog terbuka bagi kendurkan ketegangan

Pihak polis menggunakan jet air untuk leraikan penunjuk perasaan di Hong Kong pada 15 Sep 2019 (Gambar: AFP/Nicolas Asfouri)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 06:42PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 06:45PM

HONG KONG: Pemerintah Hong Kong akan mengadakan sesi pertama dialog terbuka dengan masyarakat pada minggu depan.

Bercakap dalam sidang media mingguan pagi tadi (17 Sep), Ketua Eksekutif Carrie Lam berkata para penduduk daripada setiap lapisan masyarakat diundang untuk memberikan pandangan mereka.

Beliau berharap siri dialog terbuka itu akan dapat menangani isu-isu serius yang dihadapi masyarakat Hong Kong sejak sekian lama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

"Memandangkan kita akan mengamalkan gaya pentadbiran yang baru, lebih terbuka dan lebih tertumpu kepada orang ramai, saya berpendapat dialog seperti ini amat membantu. Itulah tujuan mengadakan dialog ini," jelas Cik Lam.

"Saya memberi jaminan bahawa ia bukan satu bentuk gimik. Dialog ini akan diadakan secara teratur, berterusan dan untuk jangka panjang."

Dialog terbuka itu merupakan salah satu langkah pemerintah Hong Kong untuk cuba menamatkan bantahan anti pemerintah yang berlarutan sejak Jun lalu.

Bermula kerana menentang rang undang-undang ekstradisi, para penunjuk perasaan kini membuat beberapa lagi tuntutan termasuk lebih banyak kebebasan demokrasi di wilayah khas China itu.

Mereka juga menuntut siasatan bebas tentang dakwaan tindakan kekerasan polis terhadap para penunjuk perasaan.

Sejauh ini, polis sudahpun menangkap lebih 1,400 orang. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan