Pemerintah Filipina tidak akan campur tangan dalam kes Duterte di ICC
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Presiden Filipina Rodrigo Duterte ditahan oleh ICC di The Hague pada Rabu (12 Mac) untuk menghadapi tuduhan membunuh dalam kempen memerangi dadah. (Gambar Fail: Aaron Favila/AP)
MANILA: Pemerintah Filipina tidak akan campur tangan apabila pasukan mantan Presiden Rodrigo Duterte mula membuat persiapan untuk membelanya atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menurut Malacanang (Istana Presiden) pada Sabtu (15 Mac).
ICC menetapkan perbicaraan bagi tuduhan terhadap Encik Duterte pada 23 September bagi membolehkan Encik Duterte dan semua pihak yang terlibat "membuat persiapan yang mencukupi" untuk proses praperbicaraan, serta untuk mengakui "haknya untuk dibicarakan dalam masa yang munasabah."
"Ini adalah masa untuk beliau benar-benar mempersiapkan pembelaannya. Mungkin jika beliau mempunyai saksi, beliau boleh memanggil mereka, membuat sebarang kenyataan atau afidavit," lapor agensi berita Filipina (PNA) yang memetik Pegawai Media Istana Presiden dan Timbalan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden Claire Castro dalam temu bual dengan dwAR.
Beliau mengulangi bahawa pemerintah Filipina telah memberikan Encik Duterte bantuan yang diperlukan, termasuk khidmat perubatan dan "pakej penjagaan", dari masa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Pasay City pada pagi Selasa sehingga beliau dihantar ke The Hague, Belanda.
Beliau berkata pemerintah Filipina tidak akan menanggung perbelanjaan perjalanan saksi pasukan Encik Duterte.
Cik Castro menegaskan, pasukan Encik Duterte mampu menghantar pasukan mereka sendiri ke The Hague, kerana beberapa sekutunya, termasuk mantan jurucakap presiden Harry Roque dan Senator Robin Padilla, pergi ke sana menggunakan wang mereka sendiri.
"Saya rasa mereka boleh melakukannya. Mereka akan menjadi orang yang membuat persiapan untuk kes itu. Pemerintah tidak akan campur tangan dalam apa-apa yang mereka lakukan dalam persiapan untuk pembelaannya," katanya lagi.
Menurut PNA, Cik Castro berkata kes Encik Duterte tidak dibincangkan pun semasa pertemuan dengan Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Jumaat (14 Mac).
Beliau menambah bantuan yang mungkin diberikan oleh Kedutaan Filipina di Belanda kepada Encik Duterte juga mungkin tidak perlu.
Menurut Cik Castro, pemerintah akan terus memantau kes itu untuk memastikan orang ramai sentiasa mengetahui perkembangan terkini kes.
"Tetapi sudah tentu, kami masih akan memantau supaya orang ramai sedar tentang apa yang berlaku dalam perbicaraan itu," kata Cik Castro.
Cik Castro menasihati orang ramai supaya jangan mempercayai penyebar berita palsu yang menyebarkan maklumat palsu selepas penahanan Encik Duterte.
Encik Duterte menghadapi tuduhan ICC atas jenayah terhadap kemanusiaan melibatkan pembunuhan 19 orang yang dipercayai adalah pesalah dadah antara 2011 dan 2016 ketika beliau masih menjadi Datuk Bandar Davao City.
Beliau juga disyaki bertanggungjawab ke atas pembunuhan 245 suspek dadah lain ketika menjadi presiden, bermula dari 2016 sehinggalah sebelum Filipina menarik diri daripada ICC, berkuat kuasa 17 Mac 2018.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.