Skip to main content

Dunia

Pemerintah baru Afghanistan mula berkhidmat dalam masa terdekat

Pemimpin Tertinggi Taliban Hibatullah Akhundzada pada Selasa (7 Sep) berkata pemerintah sementara Taliban yang baru dibentuk bakal berfungsi tidak lama lagi, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah baru Afghanistan mula berkhidmat dalam masa terdekat

Anggota Taliban menjalankan rondaan pada 31 Ogos. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 08 Sep 2021 10:40AM Dikemas Kini : 08 Sep 2021 10:44AM

KABUL: Pemimpin Tertinggi Taliban Hibatullah Akhundzada pada Selasa (7 Sep) berkata pemerintah sementara Taliban yang baru dibentuk bakal berfungsi tidak lama lagi, lapor Xinhua.

"Memandangkan pemerintah sementara dan Kabinet sudahpun diumumkan pihak berkuasa Islamic Emirate, ia akan mula berfungsi secepat mungkin untuk mengawal dan menjalankan urusan negara.

“Saya meyakinkan semua rakyat bahawa kami akan bekerja keras untuk mematuhi peraturan Islam dan undang-undang Syariah," kata Akhundzada dalam satu kenyataan.

Ini adalah kenyataan pertama dikeluarkan pemimpin tertinggi Taliban itu sejak kumpulan tersebut mengambil alih Kabul pada pertengahan Ogos.

"Kami mahukan kedamaian dan kemakmuran di Afghanistan dan negara yang tidak bergantung kepada orang lain. Kami akan berusaha untuk menghapuskan semua penyebab peperangan dan perselisihan di negara ini dan rakyat hidup aman serta damai," ungkap beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Selasa ketika jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid mengumumkan barisan pemerintahan baru, menyaksikan Mullah Hassan Akhund dilantik sebagai pemangku perdana menteri. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita