Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah baru Afghanistan bakal diumum beberapa hari lagi

Pembentukan pemerintah baru Afghanistan bakal diumumkan dalam masa beberapa hari lagi, menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, selepas mengesahkan kumpulan itu berjaya menawan Panjshir pada Isnin (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah baru Afghanistan bakal diumum beberapa hari lagi

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berucap di sidang media di Kabul pada 6 Sep 2021. (Gambar: WAKIL KOHSAR / AFP)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 08:12PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 08:14PM

KABUL: Pembentukan pemerintah baru Afghanistan bakal diumumkan dalam masa beberapa hari lagi, menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, selepas mengesahkan kumpulan itu berjaya menawan Panjshir pada Isnin (6 Sep).

Afghanistan mungkin membentuk pemerintah sementara ketika persiapan menubuhkan pemerintah baru giat dilakukan, kata Zabihullah di satu sidang media, lapor Xinhua.

Mujahid berkata pemerintah baru ini bersifat menyeluruh dan berharap rakyat Afghanistan membantu dalam kelancaran peralihan kuasa negara itu.

Bekas pegawai tentera Afghanistan juga dialu-alukan bergabung dengan jabatan keselamatan negara, tambah beliau.

Zabihullah turut berharap Taliban dapat menjalin kerjasama erat dengan negara-negara jiran.

Sementara itu, tiada korban jiwa melibatkan orang awam dilaporkan ketika berlaku pertempuran di Panjshir. Beliau juga berkata bekalan elektrik dan internet akan beroperasi semula dalam masa terdekat.

Taliban mengisytiharkan peperangan tamat di Afghanistan dan lapangan terbang Kabul akan berfungsi sepenuhnya tidak lama lagi, tambahnya.

Bagaimanapun, Zabihullah meminta orang ramai supaya bersabar sedang kumpulan itu berusaha memulihkan semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

Sementara itu, Zabihullah mendapat maklumat bahawa Timbalan Presiden Amrullah Saleh sudahpun melarikan diri ke Tajikistan.

Panjshir, yang terletak kira-kira 200 kilometer di utara Kabul, adalah wilayah terakhir ditakluk Taliban sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat pada hujung bulan Ogos. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan