Pemerintah baharu Syria gantung perlembagaan, parlimen selama 3 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Maher AL MOUNES)
DAMSYIK: Jurucakap pemerintah baharu Syria memberitahu AFP pada Khamis (12 Dis) bahawa perlembagaan dan parlimen negara itu akan digantung selama tiga bulan sedang ia menjalani tempoh peralihan berikutan penggulingan Presiden Bashar al-Assad.
"Sebuah jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan ditubuhkan untuk memeriksa perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan,” kata Obaida Arnaout kepada AFP.
Perlembagaan sedia ada ditubuhkan sejak 2012 dan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pada Selasa (10 Dis), kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) menamakan Mohammed al-Bashir, yang mengetuai "Pemerintah Penyelamat" di Idlib, sebagai perdana menteri negara itu sehingga 1 Mac.
Encik Arnaout berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Selasa (17 Dis) "antara menteri Pemerintah Keselamatan dan mantan menteri" pentadbiran Assad untuk melaksanakan peralihan kuasa.
“Tempoh peralihan ini akan berlangsung selama tiga bulan,” tambahnya dalam wawancara bersama AFP.
"Keutamaan kami adalah untuk memelihara dan melindungi institusi."
Bercakap di ibu pejabat televisyen negara, yang kini dirampas oleh pihak berkuasa baharu pemberontak, Encik Arnaout berjanji bahawa mereka akan menegakkan "kedaulatan undang-undang".

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.