Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemerintah Australia berdepan tekanan kembali beri pampasan bagi kuarantin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese meminta satu mesyuarat tergempar diadakan dengan pemimpin persekutuan dan wilayah pada minggu depan.

Beliau berdepan tekanan untuk mengembalikan semula bayaran pampasan kepada para pekerja yang terpaksa mengasingkan diri dek COVID-19 di tengah-tengah gelombang jangkitan baru.

Lonjakan baru dalam kes yang disebabkan oleh subvarian BA.4 dan BA.5 sudah mencetuskan amaran ke atas sistem kesihatan Australia.

Jumlah orang yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 tidak jauh daripada paras rekod yang dilihat awal tahun ini.

"Saya sudah katakan kepada (pemimpin wilayah) bahawa kita akan bertemu dari masa ke semasa. Maka wajar untuk mengadakan pertemuan pada Isnin (18 Jul) kerana saya berada di sini," Encik Albanese memberitahu wartawan di Fiji pada Jumaat (15 Jul) selepas mesyuarat pemimpin Pasifik.

Encik Albanese berkata bahawa tarikh akhir 30 Jun bagi pembayaran pampasan kuarantin sehingga A$750 (S$709.70) untuk para pekerja dikuatkuasakan oleh pemerintah gabungan Liberal-Nasional sebelum ini.

"Kami meneruskan keputusan itu, namun kami juga kini mewarisi hutang bertrilion dolar. Dan itu bukan salah kami," kata Encik Albanese. Beberapa wilayah menggesa Encik Albanese supaya mengembalikan sokongan pendapatan tersebut.

Pada hujung tahun lalu, pemerintah sudah membelanjakan sekitar A$13 bilion (S$12.2 bilion) untuk 2.4 juta pekerja, menurut data rasmi.

Sokongan persekutuan yang dibelanjakan sejak pandemik bermula dianggarkan melebihi A$300 bilion (S$283 bilion).

Sejak pandemik bermula, Australia sudah melaporkan kira-kira 8.7 juta kes dan 10,549 kematian, jauh lebih rendah berbanding kebanyakkan negara lain. Seramai 4,500 dirawat di hospital akibat COVID-19.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan