Pemeriksaan mengejut secara berkala di CIQ Johor bukan semata-mata cari kesalahan sesiapa, jelas Menteri Besar Onn Hafiz
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
JOHOR BAHRU: Tindakan meninjau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri secara kerap bukanlah untuk mencari kesalahan pihak atau individu tertentu.
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata, sebaliknya, beliau mahu membantu menangani isu yang kerap berlaku di kawasan berkenaan sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati manfaat perkhidmatan di kedua-dua pintu keluar masuk laluan darat di Johor Bahru dengan lebih selamat lagi selesa.
"Masalah di CIQ bukanlah sesuatu yang berlaku dalam satu atau dua tahun lepas, tetapi telah menjadi warisan. Kami mahu menangani isu itu. Ramai orang bangun seawal pukul 3.00 pagi semata-mata untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka.
"Saya mengambil peluang turun ke padang dan melihat sendiri keadaan dan saya telah bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mencari penyelesaian," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Warisan India di kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam pada Sabtu malam (13 Mei).
Sebelum ini, Encik Onn Hafiz dilaporkan telah melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala di kaunter Imigresen di BSI dan KSAB sejak beberapa minggu lalu.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.