Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemeriksaan ketat COVID-19 di M'sia bukan untuk diskriminasi mana-mana negara, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Pemeriksaan ketat COVID-19 di M'sia bukan untuk diskriminasi mana-mana negara, kata PM Anwar

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim (tengah) di sebuah sidang media selepas mesyuarat Kabinet diadakan di Pejabat Perdana Menteri pada 4 Jan 2023. (Gambar: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Sadiq Asyraf)

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Sebaliknya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperketatkan pemeriksaan COVID-19 di pintu masuk utama negara termasuk melakukan ujian suhu.

"Sekarang, kita tidak ambil pendirian untuk diskriminasi mana-mana negara, kita tahu kes di negara China meningkat, kematian di Amerika Syarikat juga meningkat (disebabkan COVID-19), jadi kita ambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita."

"Sesiapa yang memasuki negara harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama, kita melakukan pemeriksaan suhu dan kawalan diperketatkan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pada Rabu (4 Jan), lapor Astro Awani.

Menurut laporan Astro Awani itu, Encik Anwar menekankan bahawa isu pelancongan dan pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan termasuk COVID-19.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan