Pemergian mangsa nahas Lion Air dirasai penduduk sekampung
Seorang penunggang motosikal yang mematikan enjin dan menolak motosikalnya ketika melalui kediaman mangsa tragedi pesawat Lion Air JT610 menyentuh hati ramai pengguna siber yang melihat rakaman video tindakannya itu.
JAKARTA: Para penunggang motosikal yang mematikan enjin dan menolak motosikal mereka ketika melalui kediaman mangsa tragedi pesawat Lion Air JT610 menyentuh hati ramai pengguna siber yang melihat rakaman video tindakan itu.
Menurut laporan Sinar Harian, jenazah Jannatun Cintya Dewi merupakan yang pertama selamat dibawa pulang ke rumah.
Tindakan penduduk kampung Suruh, Kecamatan Sukodono, Sidoarjo menghormati mangsa pesawat malang itu sekaligus menular di media sosial, menurut laporan Sinar Harian.
Rakaman video yang dimuatnaikkan ke laman Twitter April Triyanto sudah ditonton lebih 302,000 kali. Ia juga dikongsi lebih 16,400 kali dan menerima lebih 12,600 tanda suka.
Pada Rabu (31 Okt), pihak berkuasa Indonesia mengatakan bahawa pihaknya sudah mengenal pasti mangsa pertama pesawat Lion Air JT610 menerusi cap jari dan ujian DNA yang diperolehi oleh keluarganya.
Jannatun Cintya Dewi, seorang pegawai pemerintah, sedang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang atas urusan kerja semasa nahas itu berlaku.
Sinar Harian turut melaporkan bahawa tindakan para penunggang motosikal adalah bagi menyampaikan mesej bahawa pemergiannya turut dirasai para penduduk sekampung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.