Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2018, Nadia Murad mahu bina hospital bagi mangsa dera seksual
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2018, Cik Nadia Murad berhasrat menggunakan hadiah wang yang diterimanya untuk membina sebuah hospital bagi mangsa penderaan seksual di kampung halamannya di Sinjar, utara Iraq.

Cik Nadia Murad. (Gambar: Tobias Schwarz/AFP)
JERMAN: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2018, Cik Nadia Murad berhasrat menggunakan hadiah wang yang diterimanya untuk membina sebuah hospital bagi mangsa penderaan seksual di kampung halamannya di Sinjar, utara Iraq.
Seperti ribuan wanita dan gadis Yazidi yang lain, Cik Nadia pernah diperhambakan dan diperkosa oleh ISIS di Mosul pada 2014.
Wanita berusa 25 tahun itu melarikan diri selepas tiga bulan dan mendapat perlindungan di Jerman.
Beliau kemudian menjadi wajah kempen untuk membebaskan rakyat Yazidi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Iraq dan Kurdistan kerana bersetuju dengan rancangan untuk membina hospital tersebut dan mengatakan bahawa beliau akan menghubungi pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan "tidak lama lagi" untuk mula pembinaan. Cik Murad diangugerahkan wang hadiah bernilai AS$1 juta (S$1.4 juta) di samping doktor warga Congo, Encik Denis Mukwege atas usaha mereka bagi menamatkan keganasan seksual sebagai senjata perang dan konflik bersenjata.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.