Skip to main content

Dunia

Pemegang visa pelancong, komersil boleh tunai umrah di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pada Khamis (11 Ogos) bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersil kini dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara tersebut.

Kemudahan itu tersedia untuk warga 49 negara di seluruh dunia, menurut Saudi Gazette.

Mereka boleh mendapatkan visa mereka secara online melalui portal "Lawatan ke Arab Saudi" ataupun sebaik tiba di lapangan terbang Saudi, menurut kementerian itu sambil menyatakan bahawa keputusan itu diambil untuk memudahkan seramai mungkin umat Islam menunaikan umrah.

Kementerian itu juga menyatakan mereka yang layak menunaikan umrah termasuk pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU).

Sistem baru itu membenarkan umat Islam mendapatkan visa pelancong sah untuk tempoh 12 bulan sebaik tiba di salah satu lapangan terbang Saudi tanpa perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Pemegang visa itu dibenarkan melawat mana-mana bandar dan wilayah di seluruh negara berkenaan.

Pemohon visa juga hendaklah dari negara-negara yang termasuk dalam kalangan negara yang layak mendapatkan visa elektronik.

Menurut Saudi Gazette, pemegang visa lawatan keluarga dari negara yang berbeza juga boleh menunaikan umrah dengan menempah janji temu melalui aplikasi Eatmarna menerusi saudara mara mereka semasa lawatan ke Arab Saudi dengan memohon melalui Platform Visa Bersepadu Nasional.

Untuk menunaikan umrah, pelawat dikehendaki mendapatkan insurans kesihatan komprehensif termasuk perlindungan kos rawatan jangkitan COVID-19; kemalangan mengakibatkan kematian atau hilang upaya dan perbelanjaan kerana kelewatan atau pembatalan penerbangan.

Mereka yang ingin menunaikan Umrah dari negara selain negara yang disenaraikan harus memohon visa di kedutaan Saudi di negara masing-masing.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita