Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemegang visa pelancong boleh tunai umrah namun bukan pada musim Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Pemegang visa pelancong boleh tunai umrah namun bukan pada musim Haji

Jemaah haji terhad tawaf keliling Kaabah pada 31 Jul 2020 (Gambar: SPA/AFP)

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi sekali lagi menegaskan bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dibenar menunaikan ibadah umrah semasa berada di negara itu, tetapi tidak ketika musim haji.

Perkara itu selari dengan pengumuman pindaan ke atas peraturan visa itu oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi minggu lalu yang antara lain menyatakan pemegang visa pelancongan tidak membolehkan pemegangnya menunaikan haji atau umrah ketika musim haji.
MOHU menerusi perkongsian infografik di Twitter pada Rabu (7 Sep) menjelaskan pihaknya boleh mengeluarkan permit umrah dan ziarah kepada warga daripada 49 buah negara seluruh dunia yang layak mendapatkan visa secara online (e-visa) menerusi portal 'Visit Saudi Arabia' atau sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Arab Saudi.

Singapura adalah antara tujuh negara Asia yang layak mendapat e-visa Saudi selain Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), Jepun, Kazakhstan, Malaysia dan Korea Selatan.

Menurut MOHU lagi, pemegang e-visa pelancongan boleh memohon permit umrah dan ziarah menerusi aplikasi telefon pintar "Eatmarna" serta memilih sendiri hari dan masa melakukan ibadah berkenaan mengikut kesesuaian mereka.

Pada Khamis lalu (1 Sep), Arab Saudi mengumumkan peraturan baru yang membenarkan pemegang taraf pemastautin GCC memohon e-visa selain penduduk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) Kesatuan Eropah (EU) memohon visa semasa ketibaan (VOA).

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan Menteri Pelancongan, Ahmed Al-Khateeb, menandatangani perintah menteri yang akan menjadikan Arab Saudi lebih mudah diakses berikutan permohonan visa dipermudahkan dan dipercepatkan.

Pemegang taraf pemastautin GCC bermakna individu mempunyai kerakyatan negara GCC iaitu Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.

Pemegang visa pelancongan dan komersil yang sah dari UK, AS atau mana-mana negara di bawah Perjanjian Schengen boleh mendapatkan VOA, sekiranya pemohon pernah melawat negara yang mengeluarkan visa itu sekurang-kurangnya sekali.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan