Pembunuhan Shinzo Abe: Polis Jepun akui kelemahan pada tahap keselamatan

(Gambar: EPA)
BBC: Polis Jepun mengakui bahawa terdapat kelemahan pada tahap keselamatan mantan Perdana Menteri Shinzo Abe yang mati ditembak di bandar Nara, selatan Jepun pada Jumaat (8 Jul).
"Memang tidak dinafikan terdapat kelemahan pada tahap keselamatan," kata Ketua Polis Nara Tomoaki Onizuka.
Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah Encik Abe di satu acara kempen politik - dengan jenayah itu menggemparkan Jepun.
Pilihan Raya Dewan Tinggi pada Ahad (10 Jul) diteruskan seperti yang dirancangkan.
Pusat mengundi dibuka pada 7.00 pagi waktu tempatan, hanya dua hari selepas Encik Abe mati dibunuh.
Para penganalisis membayangkan pembunuhan Encik Abe mungkin akan menguatkan lagi sokongan terhadap parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) di mana Encik Abe merupakan seorang pemimpin yang sangat berpengaruh.
Pilihan raya bagi dewan tinggi parlimen biasanya dilihat sebagai satu pungutan suara mengenai pemerintah semasa.
Sungguhpun demikian, kemenangan besar bagi LDP akan mengukuhkan lagi kedudukan Perdana Menteri Fumio Kishida untuk melaksanakan dasar-dasar utamanya, termasuk menggandakan perbelanjaan pertahanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.