Pembunuhan pelancong Muslim di Nigeria 'serangan terancang'
23 orang yang dibunuh dalam perjalanan pulang dari sebuah acara keramaian Muslim di Nigeria, merupakan satu serangan terancang di mana suspeknya sudah pun diberkas, kata pihak berkuasa pada Ahad (15 Ogos).
MAIDUGURI, Nigeria: 23 orang yang dibunuh dalam perjalanan pulang dari sebuah acara keramaian Muslim di Nigeria, merupakan satu serangan terancang di mana suspeknya sudah pun diberkas, kata pihak berkuasa pada Ahad (15 Ogos).
Serangan maut biasa berlaku di negeri Afrika yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi itu. Jalan-jalan raya pula merupakan tempat berbahaya kerana penyerang bersenjata dan penculik menyasarkan pelawat.
Dalam satu kenyataan, Presiden Muhammadu Buhari mengecam serangan pada Sabtu (14 Ogos) di wilayah tengah Plateau yang menyasarkan bas-bas dalam perjalanan pulang dari sebuah acara keagamaan di wilayah Bauchi berhampiran.
Meskipun butiran serangan di ibu negeri Jos itu tidak jelas, beberapa media membayangkan sebuah kumpulan militan Kristian bertanggungjawab terhadap serangan tersebutu.
Jelas sekali ini adalah serangan terancang terhadap sasaran yang dikenal pasti, lokasi dan kecendurangan agama pelawat, bukan satu serangan biasa," kata Buhari.
Nigeria dibelenggu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini - konflik antara para petani dan penggembala lembu menyebabkan ribuan terbunuh manakala peperangan selama 12 tahun terhadap kumpulan militan menyebabkan kira-kira 350,000 korban jiwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.