Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembunuhan kejam peragawati Hong Kong; bekas bapa mertua dan abang ipar didakwa membunuh

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Bekas bapa mertua pragawati Hong Kong Abby Choi Tin-fung dan anak sulungnya didakwa atas tuduhan membunuh selepas mereka ditangkap kerana disyaki membunuh wanita tersebut, menurut laporan South China Morning post (SCMP) menukil polis.

Polis pada Ahad (26 Feb) juga menyatakanbekas ibu mertua Choi yang berusia 63 tahun, didakwa atas satu tuduhan menghalang proses pengadilan.

Ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 65 tahun itu ditahan pada Jumaat dan akan dihadapkan ke Mahkamah Bandar Kowloon pada Isnin (27 Feb).

Sehingga pagi Ahad, bekas suami Choi - anak bongsu bekas bapa mertuanya - masih ditahan untuk disoal siasat selepas dia ditangkap pada Sabtu.

Alex Kwong, 28 tahun, ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau, Hong Kong sekitar 1.00 tengah hari selepas polis mendapat tahu tentang rancangannya untuk menaiki bot laju untuk melarikan diri.

Dia mempunyai wang tunai HK$500,000 (S$85,990) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (S$687,920) kesemuanya semasa dia ditahan.
Dia kemudian mengadu berasa tidak sihat di Balai Polis Hung Hom dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Yau Ma Tei.

Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa dan pembunuhannyaterbongkar selepas bahagian tubuh wanita berusia 28 tahun itu ditemui di sebuah rumah di kampong Lung Mei Tsuen di Tai Po, sebuah kawasan di luar bandar.

Polis menemui sebuah gergaji elektrik dan sebuah pengisar daging serta dua periuk merebus di tempat kejadian.

Sebuah tukul, pelindung muka, baju hujan hitam dan beg tangan ungu milik mangsa di flat di Tai Po itu. Suspek telah menutup dinding flat tersebut dengan kain layar.

Dua kaki wanita ditemui di dalam peti sejuk di flat itu. Kepala, badan dan tangan pempengaruh media sosial itu masih belum ditemui.

Pada Sabtu, kira-kira 100 pegawai termasuk penyelam dari Unit Tugas Khas elit pasukan itu, dikenali sebagai Flying Tigers, dan pegawai dari Unit Taktikal Polis mengambil bahagian dalam operasi mencari di tanah perkuburan Tseung Kwan O.

Dron juga digunakan untuk pencarian dari udara manakala anjing pengesan polis dibawa ke tanah perkuburan untuk mengesan jejak Choi.

Pegawai memeriksa kawasan itu kerana siasatan mereka menunjukkan bahawa bekas bapa mertua dan abang ipar mangsa pergi ke sana pada hari Rabu, sehari selepas Choi dilaporkan hilang.

Polis menyatakan operasi pencarian diteruskan pada Ahad.
Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan