Pembunuhan bersasar Israel terhadap komander kanan Hamas ancam gencatan senjata
Ketua perunding Hamas, Khalil Al-Hayya, berkata pada Ahad (14 Dis) bahawa pembunuhan bersasar oleh Israel pada Sabtu terhadap salah seorang komander kanan kumpulan itu mengancam “daya maju gencatan senjata” di wilayah tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Ketua perunding Hamas, Khalil Al-Hayya, berkata pada Ahad (14 Dis) bahawa pembunuhan bersasar oleh Israel pada Sabtu terhadap salah seorang komander kanan kumpulan itu mengancam “daya maju gencatan senjata” di wilayah tersebut.
Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Hayya, pemimpin paling kanan Hamas yang hidup dalam buangan, mengesahkan kematian komander kanan kumpulan itu, Raed Saed, dalam satu serangan Israel di Gaza sehari sebelumnya.
Ia merupakan pembunuhan paling berprofil tinggi terhadap pemimpin kanan Hamas sejak perjanjian gencatan senjata Gaza yang disokong Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Oktober.
“Pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata... serta pembunuhan terbaharu yang menyasarkan Raed Saed dan yang lain mengancam daya maju perjanjian itu,” katanya dalam ucapan tersebut.
“Kami menyeru para pengantara, khususnya penjamin utama, iaitu pentadbiran Amerika Syarikat dan Presiden Donald Trump, supaya berusaha mewajibkan Israel menghormati gencatan senjata dan mematuhinya.”
Sumber Hamas menggambarkan Encik Saed sebagai timbalan kepada ketua sayap bersenjata kumpulan itu, selepas Izz eldeen Al-Hadad. Israel pula menyatakan bahawa Encik Saed merupakan antara perancang utama serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
Encik Hayya turut menyentuh usulan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Peranan pasukan antarabangsa harus terhad kepada mengekalkan gencatan senjata dan memisahkan kedua-dua pihak di sepanjang sempadan Gaza... tanpa sebarang peranan di dalam wilayah itu atau campur tangan dalam urusan dalamannya,” kata beliau.
Pengerahan pasukan tersebut merupakan komponen utama fasa seterusnya bagi pelan keamanan Gaza yang dikemukakan Encik Trump. Di bawah fasa pertama, gencatan senjata rapuh dalam perang yang berlarutan selama dua tahun itu dikuatkuasakan pada 10 Oktober, dengan Hamas turut membebaskan tebusan dan Israel membebaskan warga Palestin yang ditahan.
Markas Pusat Amerika Syarikat akan menganjurkan persidangan di Doha pada 16 Disember bersama negara-negara rakan kongsi lain untuk berbincang berhubung Pasukan Penstabilan Antarabangsa untuk Gaza, menurut para pegawai Amerika Syarikat kepada Reuters.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.