Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembunuh Shinzo Abe akan jalani pemeriksaan psikiatrik

Anggaran Waktu Membaca:
Pembunuh Shinzo Abe akan jalani pemeriksaan psikiatrik

(Gambar: STR/JIJI PRESS/AFP)

TOKYO: Suspek yang disyaki membunuh mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan menjalani pemeriksaan psikiatrik sehingga hujung tahun ini, lapor media tempatan pada Sabtu (23 Jul). 

Tetsuya Yamagami, seorang penganggur berusia 41 tahun, dikenal pasti oleh polis sebagai suspek yang menghampiri Encik Abe sewaktu ucapan kempennya di tepi jalan pada 8 Julai dan melepaskan tembakan dengan senjata api buatan sendiri. 

Mahkmah di Nara, barat Jepun, di mana suspek itu menetap dan serangan itu berlaku, meluluskan permintaan pihak pendakwa supaya Yamagami dikehendaki menjalani pemeriksaan psikiatrik, lapor Nikkei dan media tempatan lain. 

Namun, pihak pendakwa Nara tidak boleh dihubungi untuk mengulas situasi di luar waktu bertugas. 

Pemeriksaan itu akan diadakan sehingga 29 November, menurut Nikkei, dan akan menentukan sama ada Yamagami akan dikenakan tuduhan untuk serangan tembakan tersebut.  

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan