Pembunuh bersiri Perancis Charles Sobhraj dibebaskan dari penjara Nepal
Pembunuh bersiri terkenal Perancis Charles Sobhraj diiringi oleh polis ke mahkamah New Delhi pada 12 April 1994. (Gambar: RAVEENDRAN / AFP)
Dia dijatuhkan hukuman tersebut selepas disabit bersalah membunuh dua pelancong Amerika Utara.
Sobhraj, 78 tahun, dibebaskan dari Penjara Pusat di Kathmandu dua hari selepas Mahkamah Agung negara itu memerintahkan pembebasannya setahun lebih awal sebelum tempoh hukuman penjara berakhir.
"Dia telah diserahkan kepada pihak imigresen dan akan kekal di bawah pengawasan mereka sehingga dia dihantar pulang," kata pegawai penjara, Ishwari Prasad Pandey, kepada Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan Mahkamah Agung itu mengambil kira faktor usia, kelakuan baik dan masalah kesihatan, kata jurucakap mahkamah Bimal Paudel.
Mahkamah Agung menyatakan Sobhraj perlu meninggalkan Nepal dalam tempoh 15 hari.
Jurucakap Jabatan Imigresen Kamal Prasad Pandey berkata Sobhraj akan dihantar pulang sebaik sahaja pihaknya menerima semua dokumen yang diperlukan dan tiket penerbangan.
Namun, beliau tidak menyatakan bila dan ke negara mana Sobhraj akan dihantar pulang.
Selepas itu, Sobhraj tidak akan dibenarkan memasuki Nepal.
Sobhraj dikaitkan dengan beberapa pembunuhan berprofil tinggi di seluruh Asia pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an.
Sebelum ditahan di Nepal pada 2003, dia menghabiskan kira-kira dua dekad di penjara di India.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.