Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembukaan sempadan China buka peluang bagi pemulihan ekonomi pelancongan Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
Pembukaan sempadan China buka peluang bagi pemulihan ekonomi pelancongan Asia Tenggara

(Gambar fail: Grace Yeoh/CNA)

SINGAPURA: Pembukaan sempadan China membuka peluang bagi pemulihan
ekonomi pelancongan Asia Tenggara.

Ini memandangkan negara-negara di rantau ini tidak mengenakan ujian COVID-19 ke atas pelawat China seperti di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

Walaupun virus itu terus menular dan menjejas 1.4 bilion penduduk China, ekonomi kedua terbesar dunia itu akan membuka sempadannya mulai Ahad (8 Jan).

Langkah itu menjanjikan gelombang pelawat dari China yang tidak sabar keluar negara selepas tiga tahun diletakkan dibawah sekatan ketat COVID-19.

Mereka akan memilih destinasi "kurang merumitkan" termasuk yang tidak memerlukan ujian COVID-19, sekali gus memberi manfaat kepada Asia Tenggara, kata pakar ekonomi CIMB Song Seng Wun.

"Lapangan terbang serantau yang lebih sibuk, lebih baik untuk ekonomi negara," tambahnya.

Australia, Britain, India, Jepun dan Amerika Syarikat adalah antara negara yang menghendaki pelawat dari China memperoleh hasil ujian negatif COVID-19 namun, negara Asia Tenggara, seperti Kemboja, Indonesia dan Singapura, tidak menetapkan syarat tersebut.

Kecuali ujian air sisa kapal terbang oleh Malaysia dan Thailand untuk kesan virus itu, 11 negara di rantau itu akan melayan pelancong dari China seperti biasa.

"Kami tidak mengambil sikap diskriminasi (terhadap) mana-mana negara," kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Sehingga 76 peratus agensi pelancongan China meletakkan Asia Tenggara sebagai destinasi popular apabila perjalanan keluar negara disambung semula, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Disember oleh pameran perdagangan ITB China.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan