Pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat tidak wajar, tegas Presiden PAS
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden PAS Abdul Hadi Awang. (Gambar: Bernama)
KUALA TERENGGANU: Pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata PAS berpandangan sedemikian dengan mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.
“PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO (badan bukan kerajaan), ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa (4 Okt).
Encik Abdul Hadi berkata PAS berpendirian bahawa kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan dalam apa jua keadaan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober nanti.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.