Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembuangan air sisa loji Fukushima tidak boleh ditangguh: PM Jepun

Perdana Menteri Jepun berkata pada Ahad (17 Okt) bahawa rancangan untuk membuang air sisa yang disimpan dalam loji nuklear Fukushima yang musnah akibat tsunami, tidak boleh ditangguh meskipun setelah para penduduk tempatan meluahkan kebimbangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembuangan air sisa loji Fukushima tidak boleh ditangguh: PM Jepun

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 08:34AM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 08:36AM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun berkata pada Ahad (17 Okt) bahawa rancangan untuk membuang air sisa yang disimpan dalam loji nuklear Fukushima yang musnah akibat tsunami, tidak boleh ditangguh meskipun setelah para penduduk tempatan meluahkan kebimbangan.

Bercakap semasa lawatan pertamanya ke kemudahan itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Fumio Kishida berkata pemerintah akan berusaha untuk memberi jaminan kepada para penduduk yang tinggal di sekitar kawasan loji itu tentang keselamatan teknikal projek pembuangan sisa air itu.

Loji Fukushima Daiichi mengalami tiga kerosakan pada 2011 menyusuli tsunami dan gempa bumi dahsyat yang melanda kawasan itu.

Lawatan singkat Encik Kishida ke kemudahan itu yang dikendalikan oleh Tokyo Electric Power Company Holdings (TEPCO) tertumpu kepada usaha berterusan menutup loji itu dan sejumlah besar bekalan air yang sudah dirawat namun tetap mengandungi bahan radioaktif, yang disimpan di sana.

"Saya merasakan bahawa isu air ini adalah perkara penting yang tidak seharusnya ditangguh," kata Encik Kishida kepada wartawan selepas lawatan itu.

Pemerintah dan TEPCO mengumumkan rancangan pada April lalu untuk mula melepaskan air ke dalam Lautan Pasifik pada musim bunga 2023 sepanjang tempoh beberapa dekad.

Namun, rancangan itu dibantah sekeras-kerasnya oleh para nelayan, penduduk dan negara-negara jiran termasuk China dan Korea Selatan.

Para pegawai Jepun berkata pembuangan air sisa itu sangat diperlukan untuk membersihkan loji berkenaan dan pelepasannya ke dalam laut adalah pilihan paling realistik.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan