Skip to main content

Dunia

Pembinaan sistem tenaga suria Kolam Air Tengeh bermula, antara terbesar di dunia

 Pembinaan sistem tenaga suria fotovoltan (PV) terapung 60 megawat puncak (MWp) di Kolam Air Tengeh sudah bermula, menurut agensi air kebangsaan (PUB) dan Sembcorp Floating Solar Singapore pada Selasa (18 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Aug 2020 12:41PM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 09:01PM

SINGAPURA: Pembinaan sistem tenaga suria fotovoltan (PV) terapung 60 megawat puncak (MWp) di Kolam Air Tengeh sudah bermula, menurut agensi air kebangsaan (PUB) dan Sembcorp Floating Solar Singapore pada Selasa (18 Ogos).

Sistem itu membolehkan Singapura menggabungkan teknologi hijau dengan rawatan air dan menjana tenaga bersih yang cukup untuk membekalkan kuasa bagi loji-loji rawatan air tempatan PUB apabila projek itu mula beroperasi secara komersil sepenuhnya pada 2021.

Ini akan mengimbangi 7 peratus keperluan tenaga PUB, menurut pengumuman itu.

"Dengan loji tenaga suria terapung ini, yang kami percaya akan menjadi salah satu yang terbesar di dunia, PUB mengambil langkah penting ke arah kemampanan tenaga yang berpanjangan dalam rawatan air, menurut ketua eksekutif PUB Ng Joo Hee.

"Tenaga suria tersedia dalam jumlah yang banyak, bersih dan hijau, dan adalah penting untuk mengurangkan jejak karbon PUB dan juga Singapura.

DIREKA UNTUK IKLIM S'PURA

Dianggap sebagai loji pertama seumpamanya di rantau ini, sistem itu direka dan dipilih berdasarkan keadaan iklim Singapura, menurut PUB dan Sembcorp.

Ini sekali gus memanfaatkan sepenuhnya penjanaan tenaga, mengurangkan kesan kepada persekitaran dan air, dan boleh bertahan sehingga 25 tahun, iaitu jangka hayat khidmatnya.

Misalnya, modul-modul PV dengan dua lapisan kaca dipilih berbanding lapisan tunggal yang biasanya digunakan untuk pemasangan di bumbung agar sistem itu dapat bertahan lebih lama dalam keadaan persekitaran yang lembap dan basah.

Modul-modul PV itu disokong oleh apungan polyethylene berkepadatan tinggi (HDPE) yang tidak boleh ditembusi UV untuk mencegah kerosakan disebabkan oleh pendedahan sinaran matahari.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita