Pembinaan RTS ikut jadual, 41% siap, kata Johor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Fazli Salleh)
JOHOR BAHRU: Projek pembinaan Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura mencapai 41 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Bahru Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam berimpak tinggi berkenaan diyakini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2026.

“Projek pembinaan terbahagi kepada tiga pakej iaitu depot, stesen dan jejambat marin… ada antaranya (kemajuan projek) yang sudah ke hadapan dan ada sebaliknya.
“Secara keseluruhan, ia masih mengikut jadual," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan trafik di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru pada Ahad (16 Jul).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan.
RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.
Rangkaian itu mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam sekali gus membantu meringankan kesesakan trafik.
Projek RTS Link itu juga dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Koswe setiap hari.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.