Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembinaan ibu negara baru Indonesia sedang dijalankan, umum Jokowi

Anggaran Waktu Membaca:
Pembinaan ibu negara baru Indonesia sedang dijalankan, umum Jokowi

(Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 23 Jun 2022 08:19AM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 08:19AM

JAKARTA: Kerja-kerja pembinaan awal ibu negara baru Indonesia yang dirancang, Nusantara, kini sedang dijalankan.

Presiden Joko Widodo,  yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengumumkan demikian semasa satu lawatan pada Rabu (22 Jun), lapor Reuters.

Ini sekali gus memberi isyarat bahawa beberapa kemajuan sudahpun dicapai dalam projek bernilai AS$32 bilion (S$44 bilion) itu, yang diragui ramai pakar bahawa ia akan menjadi kenyataan.

Projek mega itu, bahagian penting agenda ekonomi Encik Jokowi, akan menyaksikan Indonesia memindahkan ibu negaranya dari Jakarta, yang sesak teruk, ke kawasan kurang membangun di Kalimantan. 

Encik Jokowi melawat tapak empangan pada Rabu dan berkata pembinaan projek itu dijadualkan bermula pada bulan depan di jalan baru yang menuju ke Nusantara, lapor Reuters.

Tiada tempoh masa diumumkan tentang bila ia akan rasmi menjadi ibu negara Indonesia. 

"Kewujudan empangan ini menunjukkan pembangunan prasaranan asas sudah bermula," kata beliau dalam satu kenyataan.

Parlimen Indonesia meluluskan satu rang undang-undang pada Januari lalu, yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi pembangunan ibu negara baru itersebut.

Bagaimanapun, hasil tinjauan oleh Pusat bagi Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia (CSIS) pada bulan ini mendapati hampir 59 peratus daripada 170 pakar yang ditemu ramah tidak pasti sama ada Nusantara akan menjadi kenyataan, dengan menyatakan ketidakpastian mereka mengenai pembiayaan dan pengurusan projek itu.

Menurut Agensi Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia, dianggarkan 19 peratus daripada pembiayaan untuk pembangunan Nusantara itu akan dibiayai belanjawan negara, dengan baki dana daripada perkongsian awam-swasta serta pelaburan swasta.

Sumber : Reuters/FZ/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa