Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembiayaan IMF lewat, Pakistan harapkan dana AS$3 bilion dari negara asing

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Pakistan menjangka memperoleh AS$3 bilion (S$4 bilion) dalam pembiayaan luar daripada negara asing dalam masa dua minggu.

Demikian dikatakan menteri kewangan Pakistan pada Jumaat (2 Dis) sedang negara Asia Selatan itu menunggu pembiayaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Semakan IMF, yang dilakukan dari September, untuk mengeluarkan pembiayaan seterusnya masih belum selesai dan menyebabkan Pakistan benar-benar memerlukan pembiayaan luar.

Menteri kewangan Pakistan, Ishaq Dar, berkata pada Jumaat dalam satu wawancara dengan Geo News TV bahawa semua sasaran bagi semakan kesembilan IMF sudah selesai, sambil menambah bahawa melewatkan pengeluaran dana selepas semakan itu tidak masuk akal.

Encik Dar berkata rizab asing Pakistan yang merosot kepada AS$7.5 bilion (S$10.1 bilion) akan ditampung dengan pembiayaan AS$3 bilion daripada negara asing dalam tempoh dua minggu akan datang.

Dana itu bagaimanapun tidak cukup untuk sebulan import buat Pakistan yang berdepan dengan defisit akaun semasa yang semakin meluas dan krisis imbangan pembayaran.

Pakistan akan membuat aturan alternatif sekiranya berlaku sebarang kelewatan daripada IMF, kata beliau.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan