Pembersihan alat berkempen tanggungjawab peserta Pilihan Raya Indonesia: KPU
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/CHAIDEER MAHYUDDIN)
SURABAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia memberi peringatan supaya peralatan yang digunakan semasa berkempen atau APK, seperti poster dan sepanduk parti dan para calon di kawasan awam adalah tanggungjawab setiap peserta pilihan raya umum.
Ketua KPU Wilayah Jawa Timur Choirul Anam menjelaskan bahawa tempoh bertenang Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 atau Pilihan Raya Umum Indonesia bermula pada Ahad (11 Feb) pukul 12.01 pagi, Waktu Indonesia Barat (WIB), lapor Antara.
"Sepanjang tempoh bertenang, peserta Pemilu dilarang berkempen dalam bentuk apa pun. Itu untuk memberi kesempatan pemilih melakukan perenungan siapa yang akan dipilih," katanya ketika mengesahkan tempoh tersebut di Surabaya, pada Ahad pagi.
Sepanjang tempoh bertenang Pemilu yang berlangsung daripada 11 hingga 13 Februari 2024, APK yang didirikan di kawasan awam harus dibersihkan.
"Pembersihan APK pada tempoh bertenang sebenarnya merupakan tanggungjawab peserta Pemilu, tetapi kami selaku penyelenggara Pemilu diwajibkan mengatur usaha pembersihan," ujar Encik Anam.
Maka tepat pada 11 Februari 2024, pukul 12.01 pagi, KPU Jawa Timur bersama Badan Pengawas Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu) dan pemangku kepentingan terkait, termasuk Persatuan Polis Pamong Praja (Satpol PP) di wilayah setempat, langsung bergerak melakukan pembersihan APK di kawasan awam.
Pembersihan APK oleh penganjur Pilihan Raya Jawa Timur di kawasan Kota Surabaya yang berlangsung pada awal pagi Ahad (11 Feb) turut disaksikan dan dihadiri beberapa wakil parti politik yang menyertai pilihan raya.
Encik Anam memastikan penyelarasan pembersihan APK bersama para pihak berkepentingan tersebut berlangsung serentak sampai ke wilayah kabupaten/bandar, kecamatan, hingga kampung, mahupun desa di Wilayah Jawa Timur.
Menurutnya, tiada hukuman bagi peserta Pemilu yang tidak melakukan pembersihan APK di kawasan awam selama tempoh bertenang.
APK peserta Pemilu yang dibersihkan oleh petugas boleh mengambilnya di pejabat Bawaslu atau Satpol PP setempat.
Menurut laporan Antara, sasaran untuk membersihkan kawasan awam bersih adalah sebelum hari mengundi pada 14 Februari 2024.
"Jadi, APK tidak harus bersih dari kawasan awam hari ini. Ia boleh dibersihkan sampai esok atau lusa. Sasarannya adalah hari mengundi Pilihan Raya Umum Indonesia pada 14 Februari 2024, sudah bersih sepenuhnya daripada APK," tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.