Pemberontak Kurdi mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries
Anggaran Waktu Membaca:

Polis Turki berdekatan pagar Turkish Aerospace Industries (TAI), selepas satu letupan besar di luar ibu pejabat menyebabkan beberapa orang maut dan cedera, 23 Okt 2024. (Gambar: Adem ALTAN / AFP)
ANKARA: Pemerintah Turki menegaskan, kumpulan pemberontak Kurdi 'kemungkinan besar' mendalangi serangan ke atas Turkish Aerospace Industries (TAI) yang kini sudah meragut lima nyawa.
Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya berkata: "Serangan pengganas ke atas TAI berkemungkinan besar berkaitan dengan tindakan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), ini adalah penilaian kami.
"Kami akan berkongsi maklumat dan bukti lain sebaik sahaja hasil siasatan semakin jelas," katanya.
Awal dari itu, sebelum Encik Yerlikaya berkata demikian, Menteri Pertahanan Turki Yasar Guler juga menyalahkan kumpulan pemberontak Kurdi.
Kata beliau kepada para wartawan: "Kami kenakan hukuman yang setimpal kepada anggota PKK yang sepatutnya mereka terima setiap kali, tetapi mereka tidak pernah sedar."

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.