Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemberi pinjaman kripto Hodlnaut berhentikan kakitangan, dedah disiasat polis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat penyedia pinjaman kripto berpangkalan di Singapura Hodlnaut, pada Jumaat (19 Ogos) telah memberhentikan sekitar 40 pekerjanya sejak syarikat itu membekukan pengeluaran mata wang kripto, lapor Reuters.

Hodlnaut juga mendedahkan ia sedang disiasat polis.

Syarikat tersebut yang membuat pemohonan perlindungan pemiutang minggu lalu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai prosiding polis.

"Walaupun Hodlnaut tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat berhubung hal ini, tindakan yang diambil adalah bagi kepentingan terbaik pengguna kami," menurut syarikat itu mengenai siasatan polis.

Hodlnaut merupakan antara pemain kripto global yang menghadapi masalah berikutan penjualan mendadak dalam pasaran token digital bermula Mei lalu dengan runtuhnya dua aset kripto Luna dan TerraUSD.

Syarikat itu menambah langkah memberhentikan pekerja adalah untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat.

Hanya 10 kakitangan bekerja dalam syarikat itu buat masa ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan