Pemberhentian kerja besar-besaran Amazon dilanjutkan hingga 2023
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
NEW YORK: Amazon.com Inc menyatakan pada Khamis (17 Nov) bahawa syarikat itu akan mengurangkan lebih banyak peranan kerja kerana proses perancangan tahunannya akan berlanjutan sehingga tahun depan dan pemimpin Amazon akan terus membuat penyesuaian.
"Keputusan itu akan dikongsi dengan pekerja dan pertubuhan yang terjejas pada awal 2023", kata Andy Jassy, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Amazon dalam surat yang ditujukan kepada kakitangan Amazon.
Encik Jassy menambah bahawa syarikat itu sedang dalam semakan perancangan operasi tahunan, di mana ia membuat keputusan tentang perkara yang perlu diubah dalam setiap perniagaan syarikat tersebut.
Amazon belum lagi memutuskan berapa banyak peranan lain yang akan terjejas akibat langkah berkenaan.
Peruncit online itu memberhentikan beberapa kakitangan dalam kumpulan perantinya pada Rabu (16 Nov) dan seseorang yang rapat dengan perkara itu berkata syarikat berkenaan masih menyasarkan kira-kira 10,000 pemberhentian pekerjaan, termasuk di bahagian runcit dan sumber manusia.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.