Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembebasan Anwar hadiah istimewa jelang Ramadan, kata Nurul Izzah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka hari ini (16 Mei) adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembebasan Anwar hadiah istimewa jelang Ramadan, kata Nurul Izzah

Nurul Izzah dan ibunya di pekarangan hospital di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dirawat November lalu. (Gambar: Nurul Izzah Anwar/Facebook)

Diterbitkan : 16 May 2018 09:04AM Dikemas Kini : 16 May 2018 09:12AM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka hari ini (16 Mei) adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.

"Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Cik Nurul Izzah berkata bahawa usaha petisyen permohonan pengampunan untuk Datuk Seri Anwar yang dimulakan sejak 2015 akhirnya berjaya.

"Kami sentiasa berjuang bersamanya dalam usaha melakukan reformasi keadilan… ini bukan setakat mengenai bapa saya, tetapi melakukan ini demi keadilan,” kata beliau.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berkaitan proses pengampunan dan pembebasan Datuk Seri Anwar dimuktamadkan hari ini.

Datuk Seri Anwar, 71 tahun, menjalani hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

Datuk Seri Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

Sumber : Bernama/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa