Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembaziran makanan di bazar Ramadan Malaysia makin kritikal

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan Malaysia semakin prihatin tentang isu pembaziran makanan semasa bulan Ramadan.

Isu pembaziran makanan itu lebih ketara di bazar-bazar Ramadan merata negara.

Tidak dapat dinafikan budaya bazar Ramadan di Malaysia amat berwarna-warni ketika bulan puasa.

Kehadiran gerai yang menawarkan pelbagai jamuan termasuk hidangan tradisional menghidupkan lagi suasana di bazar Ramadan.

Namun di sebalik kemeriahan itu terdapat pembaziran makanan yang mencetuskan keprihatinan

APA JADI PADA MAKANAN TIDAK HABIS TERJUAL?

Bazar Ramadan di Malaysia amat popular dalam kalangan penduduk tempatan serta pelancong.

Lantaran itu, peniaga menyediakan makanan pada jumlah yang banyak sekali.

BACA: 'Kebanjiran' warga SG di Johor dialu-alukan Tourism Johor kerana jana limpahan ekonomi
Kajian yang dijalankan beberapa agensi kerajaan dan NGO bagaimanapun mendedahkan satu dapatan yang membimbangkan.

Jika tidak ada campur tangan, Malaysia akan membazirkan sekitar 75,000 tan makanan semasa bulan Ramadan.

Jumlah itu kira-kira 15 hingga 20 peratus lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain.

Pembaziran tersebut bukan sahaja menjejas sekitaran tetapi juga menimbulkan keprihatinan terhadap keselamatan makanan serta pembelian beretika.

Bagi menangani isu tersebut, inisiatif seperti program MySaveFood diperkenalkan.

Program itu mengumpulkan makanan tidak terjual daripada lebih 130 bazar merata negara sebelum mengagihkan makanan berkenaan kepada mereka yang memerlukan.

Timbalan Pengarah Program MySaveFood Aniadila Kamaruddin berkata: "Kalau kita tidak selamatkan makanan di bazar ini, ia akan berlaku pembaziran yang mana makanan tersebut akhirnya akan dibuang.

"Jadi kami lihat di sini memang program ini sangat memberi impak kepada penerima B40 yang mana penerima-penerima sangat terharu dengan penerimaan makanan kerana ada di antara mereka tidak mampu membeli disebabkan harga yang mahal."

DAPAT SELAMATKAN LEBIH 54 TAN MAKANAN

Sejak dilancarkan pada 2016, MySaveFood sudah mencatat kemajuan yang baik.

Pada 2023, ia menyelamatkan 20 tan makanan daripada bazar-bazar sedemikian.

Dalam tiga minggu pertama Ramadan tahun ini, program itu sudah menyelamatkan lebih 54 tan makanan bernilai sekitar AS$126,000 (S$170,040).

Program tersebut yang kini ada lebih 2,000 sukarelawan juga menggalak pengunjung bazar untuk membeli apa yang perlu sahaja.

Mereka turut mendesak peniaga untuk memperuntukkan dan menjimatkan makanan dijual secara mampan.

"Saya hendak memberi balik kepada masyarakat atau penduduk masyarakat di sekitar kita sekarang ini sebab saya perasan kita ada dua masalah sebenarnya untuk kehidupan seharian kita iaitu makanan lebihan dan juga mereka yang kelaparan.

"Jadi kita kalau boleh hendak memberi kesedaran kepada semua masyarakat tentang makanan tersebut," ujar seorang sukarelawan Adamsyam Daniel.

Meskipun pembaziran makanan merupakan satu cabaran yang lama, usahasama pelbagai pihak tidak membuat banyak perubahan.
 
Dengan memupuk budaya belanja berhemah serta kemampanan, bazar Ramadan Malaysia boleh terus menjadi simbol semangat kemasyarakatan dan dermawaan selain mengurangkan jejak karbon.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan