Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek, kata Dr Wan Azizah

Keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur dengan Singapura dibuat selepas mengambil kira semua aspek.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek, kata Dr Wan Azizah

Gambar fail Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa wawancara dengan Mediacorp.

Diterbitkan : 30 May 2018 08:33AM Dikemas Kini : 30 May 2018 08:43AM

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur dengan Singapura dibuat selepas mengambil kira semua aspek.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.

"Saya fikir, beliau mengambil kira banyak perkara...sama ada kita mampu atau tidak, sama ada kos efektif atau tidak.

"Biasanya, HSR bukan cara pengangkutan pilihan kerana kita ada pengangkutan lain seperti penerbangan domestik dan tambang murah," katanya kepada para wartawan di Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat di Kompleks Sukan Pantai Eco Park semalam (29 Mei).

Pada Isnin lalu (28 Mei), Dr Mahathir mengesahkan bahawa Malaysia akan membatalkan projek berkenaan dan mungkin perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta (S$169 juta) kepada Singapura.

Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer dari Kuala Lumpur ke Singapura, dijadualkan siap pada 2026.

Ditanya mengenai status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Dr Wan Azizah berkata syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak berkenaan adalah “sangat pelik”.

"Perdana Menteri akan melihatnya kerana kita tidak mahu membayar apa-apa pampasan yang akan menjadi kerugian bagi negara," kata beliau.

Sabtu lalu (26 Mei), Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian dilaporkan berkata bahawa projek ECRL yang sudah bermula kini berjalan lancer. Kontraktor utamanya, China Communications Construction Company Ltd, bekerjasama dengan pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

Projek ECRL, yang sepanjang 688 kilometer, menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu. Ia dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 bilion (S$19 bilion) dan dijadual siap pada 2024.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan